Jumaat, 11 Januari 2013
Surah Al-Kauthar
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang
1. Sesungguhnya Kami telah mengurniakan kepadamu (wahai Muhammad) kebaikan
yang banyak (di dunia dan di akhirat).
2. Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah
korban (sebagai bersyukur).
3. Sesungguhnya orang yang bencikan engkau, Dia lah yang terputus (dari mendapat
sebarang perkara yang diingininya).
Selasa, 1 Januari 2013
Surah Al-Kafirun
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah, Maha Penyayang
1. Katakanlah (Muhammad), "Wahai orang-orang kafir!
2. Aku tidak akan menyembah apa yang kamu sembah,
3. Dan kamu bukan penyembah apa yang aku sembah,
4. Dan aku tidak pernah menjadi penyembah apa yang kamu sembah,
5. Dan kamu tidak pernah (pula) menyembah apa yang aku sembah.
6. Untukmu agamamu, dan untukkulah agamaku."
Langgan:
Catatan (Atom)
